Rabu, 15 Ogos 2012

Cinta Dua Negeri

Cinta mereka baru saja berputik.. Kurang lebih sebulan, mereka declare sebagai sepasang kekasih.. Yang perempuannya dari selatan(melaka) dan kumbangnya dari pantai timur(pahang).. Bahagia.. Mereka sangat bahagia.. Baru couple lah katakan..

Kumbangnya kerja kat johor.. Si bunga ni pulak  kat melaka.. Tiada masalah. Long Distance Relationship (LDR) mereka berjalan seperti biasa.. Dating tetap dating.. Si kumbang rajin datang ke melaka semate-mate sebab nak jumpa si bunganya.. Semakin jauh, semakin rindu ye..hihihihi




Orang kata, jangan disangka air yang tenang tiada buaya.. tiba-tiba si bunga mengambil keputusan drastik untuk meninggalkan kumbangnya itu kerana kes cemburu yang melampau..namun si kumbang tidak mahu lalu mengatakan "APA PUN TERJADI ABANG TETAP TAK AKAN TINGGALKAN AYANG" hihihihi manis kan?kan?kan?namun kerana sayang,si bunga tidak sanggup meninggalkan si kumbang itu... selepas kejadian itu, long distance relationship mereka berjalan seperti biasa..



Pejam celik , pejam celik , kini sudah 6 bulan long distance relationship mereka berjalan.. tetapi sehingga kini si bunga tidak percaya akan kesetiaan si kumbangnya itu.. setiap hari kumbangnya akan menyakin si bunga dengan berkata "ABANG HANYA ADA AYANG SORANG JER TOLONG PERCAYAKAN ABANG" namun jauh dari sudut hati kecil si bunga , dia amat mempercayai kumbangnya itu dan si bunga hanya berserah kepada allah kerana ALLAH IS THE BEST PLANNER.. ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA , AJAL MAUT JODOH PERTEMUAN DIA YANG TETAPKAN..

Hari berganti hari,hubungan itu masih berjalan lancar sehingga ke hari ini..atas dasar  kasih sayang,kejujuran, kepercayaan dan kesetiaan..hubungan cinta jarak jauh masih kekal dihati mereka.. Dalam situasi percintaan bagaimana sekalipun,kejujuran dan kepercayaan serta kesetiaan adalah amat penting! Jadi jangan anggap cinta jarak jauh tak akan kekal okey ! semua allah yang tentukan .. semoga pasangan ini bahagia di dunia dan di akhirat .. TEPUK DADA TANYA CINTA KAMU ..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan