Isnin, 29 Julai 2013
dugaan ALLAH buat umatnya...
17 Julai 2013,tarikh yang amat pahit,pedih dalam hidup aku..Aku,liliyana telah dikejutkan dengan berita yang sangat membuatkan diriku mamahami apa itu erti cinta dan kehilangan..Ahmad Ashraf,kekasihku,bakal suamiku telah mengalami kemalangan jalan raya selepas bertemu denganku..Kemalangan berlaku kira kira pukul 5.30petang..Anggota JABATAN PERTAHANAN AWAM,telah menelefonku dan memberitahu mengenai kejadian itu dan kejadian itu berlaku di HIGHWAY NILAI NEGERI SEMBILAN,ya allah..saat mendengar peristiwa itu,jantungku bagai dihempap batu besar,sesak tak bernafas..ahmad ashraf atau aku hanye memanggilnye 'abang' telah dikejarkan ke HOSPITAL SEREMBAN..aku terus mengajak ayah ke seremban untuk melihat sendiri bagaimana keadaan abang..sampai saja di seremban,seorang pembantu doktor memberitahu abang berada di zon merah..aku terus masuk ke dalam zon merah dan mencari abang..menitis air mataku melihat kepalanya yang koyak masih belum dijahit,berlumuran darah..aku memegang erat tangannya dan melafazkan kata kata kekuatan untuk dia terus kuat dan kuat..selepas selesai doktor merawat abang,abang perlu dibawa ke makmal CT SCAN untuk kepalanya..kemudian abang ditempatkan di wad untuk berehat..aku tidak pulang ke melaka pada malam itu,aku tetap tunggu dia di tepi katilnya..memandang tepat pada wajahnya,ya allah sesungguhnya hamba sangat mencintai lelaki ini..engkau sembuhkanlah dia dah kembalikan dia seperti sediakala,amin ya rabbal alamin...pada keesokan harinya abang telah dipindahkan ke wad ICU untuk pemerhatian rapi..abang masih seperti itu,tidak sedarkan diri..cukup 9hari tidak sedarkan diri,kemudian perlahan lahan abang gerakkan tangan dan kaki..tapi tidak buka mata kerana otak masih membengkak,selepas 2hari kemudian,abang membuka mata..aku memanjat syukur kepadamu ya allah kerana engkau telah bangunkan dia dari tidurnya..sekarang abang masih di wad ICU untuk perhatian..hari ini sudah 12 hari abang di hospital seremban wad ICU..keadaanya semakin stabil..abang,ayang sayang abang,ayang akan tunggu abang..ayang tahu allah sedang menguji cinta dan kasih sayang kita,ya allah ya tuhanku,engkau selamatkanlah dia,engkau kembalikanlah dia seperti sediakala,jika benar dia jodoh yang engkau tetapkan untuku,engkau satukanlah hatiku dengan hatinya..aminn..
Langgan:
Ulasan (Atom)